Menggaru Boleh Sebabkan Ekzema Terkawal “Flare” Semula.

Salah satu ciri utama Atopic Dermatitis (AD) atau eksema adalah ruam pada kulit yg gatal. Bila keadaan kulit menjadi kering, ia akan mula terasa gatal. Bila digaru dan kulit mula luka, ia boleh menyebabkan jangkitan yang mencetuskan keradangan. Keradangan ini akan menyebabkan kegatalan, menyebabkan kitar gatal-garu-jangkitan-keradangan ini berterusan.

Foto 1 menunjukkan perbandingan kulit yg normal dengan kulit bereksema (damaged skin). Apabila digaru, sel imun badan akan teraktif dan meningkatkan iritasi pada kulit. Bakteria dan alergen boleh memasuki melalui kulit yg terluka akibat garuan dan jangkitan juga boleh berlaku.

Foto 2 pula menunjukkan eksema yg “mild” dan terkawal juga boleh menjadi teruk atau “flare” semula akibat garuan yg berlebihan. Sel imun badan akan menjadi lebih teraktif, kulit bertambah radang dan kering.

Foto 3 menunjukkan kitar garu-gatal yg lazim berlaku. Oleh itu, adalah penting untuk mengelak daripada menggaru kulit yg gatal dan mencuba teknik teknik lain utk mengurangkan kegatalan.

WhatsApp Klik Sini Untuk Diskaun