Alergi Terhadapat Protien Susu Lembu (CMPA)

Dr Amir H Latiff pernah memuatnaik satu post berkenaan dengan topik di atas. Saya akan cuba huraikan secara ringkas beberapa faktor penting dalam post beliau. Bagi yang ingin mengetahui lebih, saya berharap akan membaca post beliau sekali lagi.

 

 

Jika kanak kanak mempunyai alergi terhadap CMPA, dia lazimnya akan :
1) berasa gatal
2) perut rasa tak selesa
3) mata berair

Ibubapa akan dapat perhatikan perubahan ini pada anak:
1) ruam merah
2) perut kembung
3) mata dan bibir bengkak

Terdapat 2 jenis alahan terhadap CMPA:

1) CMPA berasaskan IgE

*IgE merupakan sejenis antibody yang dihasilkan di dalam badan untuk melindungi kami daripada protein yang merbahaya.
* Alergi CMPA jenis ini akan menyebabkan badan menghasilkN antibodi ini yang akan bertindak terhadap protein susu lembu, yang dianggap oleh sistem keimunan badan sebagai merbahaya.
*Simptom simptom biasanya akan kelihatan sebaik sahaja mengambil susu lembu.

2) CMPA tidak berasaskan IgE
* Alergi CMPA ini mencetuskan suatu komponen yang berbeza terhadap protein susu lembu dalam sistem keimunan manusia.
* Berbanding dengan CMPA berasaskan IgE di atas, simptom simptom alahan boleh mengambil masa yang lebih lama untuk kelihatan selepas meminum susu lembu.

Kedua-dua alahan CMPA di atas berbeza dari segi tahapnya, dari mild ke sangat serius. Sesetengah tindakbalas yang terhasil boleh memudaratkan dan merbahaya seperti reaksi anaphylaxis.

Antara simptom simptom CMPA yang boleh dilihat adalah:

1) colic (sakit perut)
2) Darah dalam buangan air besar
3) Ruam kulit
4) Muntah selepas makan/minum
5) Perut kembung
6) Berasa tak selesa (fussy) dan tidak ingin makan/minum
7) Cirit birit selepas makan/minum
8. Mata, bibir dan muka bengkak lepas makan/minum

Simptom Reaksi Anaphylaxis

1. Nampak pucat
2. Badan sejuk (cold and clammy)
3. Berpeluh
4. Susah bernafas
5. Bibir dan mata bengkak
6. Mengalami “shock” (tekanan darah rendah)

WhatsApp Klik Sini Untuk Diskaun