“Tokoferol dan tocotrienol telah terbukti secara klinikal untuk mengurangkan gatal-gatal dan kesan terbakar dengan cepat dan berkesan melalui tindakan anti-oksida dan anti-radang,” katanya. Selain itu, katanya, allantoin dan asid hyaluronik dalam formulasi itu mampu menyediakan lipid fisiologi utama dan kuasa penghidratan yang kuat untuk mengembalikan kawasan kulit yang dijangkiti kepada keadaan asal.
“Data pra-klinikal menunjukkan bahawa formulasi REMDII berjaya mengurangkan kegatalan, mengelupas dan dengan berkesan membaiki keadaan dermatitis atopik dalam masa hanya dua minggu,” katanya sambil menjelaskan bahawa REMDII Sensitive akan turut memenuhi keperluan pasaran produk halal yang besar.
“Penyelesaian dan alternatif kami kepada steroid topikal adalah REMDII Sensitive, krim pelembab dalaman yang dirumuskan dengan spectrum vitamin E dilengkapi dengan bahan-bahan lain dalam campuran keseimbangan untuk membaiki kulit bermasalah tanpa penggunaan steroid.”